Tuesday, March 1, 2011




PERANAN DAN FUNGSI MASJID ISLAHATUL ISLAHIAH

DISEDIAKAN UNTUK :
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151

DISEDIAKAN OLEH :
FATIN NORAZULIN BINTI RAMLI
( 2010624002)

KUMPULAN : BMD2Ac

PROGRAM :
DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

TARIKH HANTAR :
28th FEBUARI 2011


ISI KANDUNGAN
                           
KATEGORI
MUKA SURAT
ISI KANDUNGAN
2
ABSTRAK
3
PENDAHULUAN
4
PENGERTIAN MASJID
5
SEJARAH PENUBUHAN
6
PERANAN MASJID
7
MASALAH
8
PENYELESAIAN
9
PENUTUP
10
BIBILOGRAFI
11




ABSTRAK


Masjid berasal daripada perkataan Arab "sa-ja-da" yang bermaksud sujud iaitu perbuatan di mana umat Islam meletakkan dahi yang mulia ke posisi yang paling rendah, separas dengan tapak kaki tempat berdiri. Maksud sujud disini ialah menyembah Allah s.w.t. Jadi masjid ialah rumah tempat menyembah Allah s.w.t. atau rumah Allah (Baitullah). Rumah Allah yang paling utama ialah Baitullah al-Haram iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah. Disebut Baitullah al-Haram kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Baitullah juga menjadi kiblat umat islam, iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat.

Masjid merupakan simbol yang penting bagi umat islam. Menurut kamus dewan masjid bermaksud bangunan khas tempat orang islam beribadat. Dari sudut bahasa, masjid bermaksud tempat bersujud. Pada zaman Rasulullah masjid dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu. Fungsi masjid selain tempat ibadat ialah sebagai tempat penyebaran dakwah dan ilmu Islam, tempat menyelesaikan masalah individu dan masyarakat, tempat menerima duta-duta asing, tempat pertemuan pemimpin-pemimpin Islam, tempat bersidang, dan madrasah bagi kanak-kanak mempelajari ilmu agama & fardu ain.

Masyarakat Islam walau di mana jua mereka berada pada umumnya perlukan sesebuah institusi atau organisasi Islam untuk mengendalikan hal ehwal dan kebajikan mereka, terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan Islam. Masjid ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat, membaca al-quran dan iktikaf bagi orang islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, pusat pengajian ilmu, muamalat, dan perkembangan dakwah islamiah, serta pusat aktiviti umat islam. Bentuk umum sesebuah masjid adalah keberadaan menara masjid. Menara bertujuan sebagai tempat muazin melaungkan azan.





PENDAHULUAN

Bismillarihrahmanirahim.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kernianya saya dapat melaksanakan kerja kursus CTU151 ini serta dapat meningkatkan pengetahuan saya tentang sejarah penubuhan masjid di kariah kampung saya beserta peranannya kepada penduduk setempat.
Pertama-tama kali diucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada pensyarah CTU151 saya iaitu Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana telah memberikan kerja kursus ini. Di samping itu jua,ribuan terima kasih diucapkan kepada nazir Masjid Islahatul Islahiah, En. Mohd Jajuli bin Hj. Sharif serta imam 1, Tuan Hj. Mohd Mulus bin Hj. Ali.
Sekalung penghargaan diberikan kepada ibubapa terutamanya bapa saya yang telah banyak menceritakan tentang sejarah penubuhan masjid tersebut serta memberikan sokongan dan dorongan yang padu dalam menyiapkan kerja kursus ini.
Mengikut kajian yang telah saya lakukan istilah "Masjid" berasal daripada perkataan arab "masjid" atau "masjad". Dari segi bahasa ia bererti tempat sujud. Berasaskan pengertian bahasa inilah perkataan tersebut digunakan sebagai nama bagi tempat kita melakukan solat. Kerana antara gerakan utama yang terdapat dalam solat itu ialah sujud.
Sujud bererti patuh dalam kategori nya yang tinggi sampai kepada tahap pengabdian. Kerana itulah"solat" disebut sebagai ibadat, iaitu suatu cara yang tertentu bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdian seseorang muslim kepada Allah. Maka nya masjid itu memberi erti tempat umat Islam melakukan aktiviti bagi melambangkan kepatuhan dan pengabdiannya kepada Allah. Dalam pengertian lain, masjid adalah lambing kepada kepatuhan dan pengabdian umat Islam kepada Allah s.w.

Satu nama lain bagi masjid ialah "Baitullah". Dari segi bahasa ia bererti rumah Allah. Bagaimana pun penggunaan istilah ini tidak secara hakiki. Kerana Allah tidak memerlukan, malah tidak boleh dikaitkan dengan rumah. Dalam Islam, ungkapan "Allah" dalam konteks seperti ini biasa dimaksudkan dengan "Masyarakat". Jadi nya yang dimaksudkan dengan "Rumah Allah" atau "Baitullah" itu ialah "Rumah masyarakat", atau dalam istilah yang lebih semasa "Pusat komuniti"





SEJARAH PENUBUHAN
MASJID ISLAHATUL ISLAHIAH

Pada mulanya,kawasan masjid ini adalah kawasan perkebunan kelapa sawit pada awal tahun 1960-an. Pada tahun 1967 penduduk setempat Kampung Teluk Rhu telah member cadangan untuk menubuhkan sebuah masjid di kawasan kediaman mereka. Penduduk setempat sebulat suara untuk menyalurkan sedikit sumbangan sebagai tambahan kos yang sedia ada.
Idea untuk menubuhkan masjid ini diutarakan oleh Tuan Hj. Abdul Rahman. Setelah tertubuhnya masjid tersebut masjid itu telah diberi nama Masjid Islahatul Islahiah dengan nazir pertamanya,Tuan Hj. Abdul Rahman. Masjid Islahatul Islahiah telah dirasmikan pada 8/7/1968. Masjid ini dirasmikan oleh,Sultan Selangor ketika itu iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
            Tapak Masjid Islahatul Islahiah tersebut telah diwakafkan oleh Tuan Hj. Arshad. Imam pertama Masjid Islahatul Islahiah ialah Bapak Kiayi Solehan. Setelah kematiannya kuburnya telah ditempatkan dibelakang masjid ini. Imam pertama masid ini ialah Bapak Kiayi Ashari Wirantari.
Ketika itu,Bapak Kiayi Sajim bin Jazman sebagai pengganti Bapak Kiayi Solehan dan Siak Hj. Bohari bin Hj. Manan sebagai siak yang pertama. Semenjak masjid itu terbina banyak aktiviti telah dijalankan termasuklah solat Jumaat. Selain itu,semakin ramai yang telah berkunjung ke masjid tersebut untuk menunaikan solat secara berjemaah.





PERANAN MASJID SECARA UMUM
  1. PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.
  2. MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM
    Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu.
  3. PUSAT PERCAMBAHAN ILMU
    Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan.
  4. PUSAT TAMADUN ISLAM
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.
  5. PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.
  6. RUMAH SUCI
    Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.
  7. PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI
    Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid.Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.
  8. PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)
    Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran .Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.
  9. PUSAT PENDIDIKAN
    Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.
  10. PUSAT PENGISIAN JIWA
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.
  11. PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA
    Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani.
  12. PUSAT PELENGKAP
    Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".
  13. PUSAT SANTAPAN ROHANI 
    Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam.
  14. PUSAT EKONOMI
    Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.
  15. PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH
    Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.
  16. MASJID SEBAGAI TAMAN
    Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.



PERANAN MASJID ISLAHATUL ISLAHIAH

Peranan masjid yang paling utama adalah melaungkan azan dimana azan itu sendiri berperanan memanggil penduduk setempat untuk mengerjakan solat serta menandakan telah masuknya waktu solat. Masjid juga dapat merapatkan silaturahim sesama penduduk setempat dimana mereka dapat mengerjakan solat secara berjemaah. Selain itu, masjid juga memainkan peranan sebagai tempat meningkatkan ilmu pengetahuan penduduk setempat yang tergolong dari golongan tua dan juga muda. Ini dapat dilihat dimana masjid tersebut sentiasa mengadakan majlis pengajian agama seperti tazkirah selepas solat berjemaah, peningkatan ilmu tajwid, dan pengajian alunan marhaban dan berzanji kepada golongan lapisan iaitu golongan remaja.
Disamping itu, masjid juga berperanan dalam membina sahsiah remaja serta menyebarkan dakwah islam dimana masjid ini akan mengadakan majlis-majlis ilmu bersempena dengan hari-hari kebesaran umat Islam seperti Maulidur Rasul dan Isra’ Mikraj. Masjid ini juga sentiasa menjana ekonomi untuk menjalankan aktiviti masid seperti kutipan solat jumaat dan melalui aktiviti dakwah. Tambahan pula, aktiviti-aktiviti gotong royong juga kerap dijalankan oleh pihak masjid. Ini kerana, kebersihan masjid perlu dijaga oleh penduduk Kampung Teluk Rhu itu sendiri kerana ia telah menjadi tanggungjawab mereka. Jika kawasan masjid bersih, pengguna masjid akan berasa selesa untuk membuat amal ibadah. Malah, orang luar akan turut tertarik dengan keindahan rumah Allah itu.
 Masjid Islahatul Islahiah juga tidak lupa untuk mengadakan solat sunat terawih apabila tibanya bulan ramadhan. Bukan setakat itu sahaja, sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha turut disambut setiap tahun dengan penuh kemeriahan. Acara-acara sebegini tdak pernah sesekali pun terlepas oleh pihak masjid untuk meraikannya.
Di samping itu, Masjid Islahatul Islahiah juga telah mnenyediakan tempat untuk menguruskan jenazah jika terdapat kematian di kawasan perumahan itu. Pihak masjid akan memandikan jenazah serta sembahyang jenazah lalu ditanam di tanah perkuburan islam yang terletak berdekatan dengan Masjid Islahatul Islahiah. Untuk melaksanakan tugas-tugas seperti ini, pihak masjid telah menyediakan tabung khairat kematian kepada setiap penduduk Kampung Teluk Rhu yang menggunakan masjid tersebut. Dengan itu, mudahlah kerja-kerja pengurusan jenazah dilaksanakan.





CARTA ORGANISASI
MASJID ISLAHATUL ISLAHIAH

PENAUNG            :               TUAN PENGHULU MUKIM BAGAN NAKHODA OMAR
PENASIHAT        :               KETUA KG. TELUK RHU, ABDULLAH HASSAN B. HJ. IKHSAN
NAZIR                   :               MOHD. JAJULI B. MOHD SHARIF
TIM. NAZIR        :               MOHD ZAINUDDIN B. MOHD SAFUAN
SETIAUSAHA     :               MOHD HAIRI B. YUNOS
TIM. SETIAUSAHA           :               MOHD ZAMBARI B. HJ. ALI
BENDAHARI                      :               HJ. MOHAMMAD B. HJ. ARSHAD
IMAM 1                                :               HJ. MOHD MULUS B. HJ. ALI
IMAM 2                                :               HJ. MUSTAJID B. JALIL
IMAM 3                                :               ABDUL RAHIM B. ZAMBAR
BILAL 1                :               HJ. ALIYEN B. SAROJO
BILAL 2                :               HJ. SAMHUDI B. HJ. SALLEH
SIAK 1                   :               MOHD ANSOR B. SAJIM
SIAK 2                   :               SHAPIEE B. MOHAMMAD
AHLI JAWATANKUASA  :               GHAZALI B. SUANDI
                                                                :               RAKIBUN B. ASWAD
                                                                :               AMBIA B. HJ. YAAKOB
                                                                :               HJ. MOHYI B. MOHD SOBARI
                                                                :               RAMLI B. ISMAIL
                                                                :               NAJIB B. HJ. SAAD
                                                                :               SAIFUL BAHRI B. MANAT
                                                                :               MUNZAYANAH BT MOHAMMAD
                                                                :               HJH MAINON BT ZAINI
                                                                :               ABD RAZAK B. OMAR SAID
PEMERIKSA KIRA-KIRA                :               ABDUL LATIF B. ISMAIL
                                                                :               KADIMON B. SENIN

PENUTUP

Secara ringkasnya, masjid merupakan sebuah institusi di mana  umat islam di seluruh dunia menggunakannya untuk beribadah kepada Allah s.w.t serta melakukan akitiviti-aktiviti sosial yang boleh memupuk tali persaudaraan antara umat islam. Maka itu, wajiblah umat islam menggunakan masjid dengan sebaiknya. Jika umat islam di sesebuah kawasan tidak mengimarahkan masjid mereka dengan sebaik mungkin, Allah s.w.t akan menurunkan bala kepada seluruh penduduk di kawasan tersebut seperti kemarau panjang, wabak penyakit, kemiskinan dan lain-lain lagi.
Selain itu, kondisi masjid haruslah senantiasa dijaga. Ini kerana, masjid adalah rumah Allah s.w.t yang harus diurus dengan betul dan bertatatertib. Ramai dalam kalangan umat islam kini semakin alpa akan tatatertib serta adab-adab apabila berada di masjid. Antara adab yang harus diikuti umat islam ialah membaca doa apabila hendak masuk atau keluar dari masjid, diam ketika khatib membacakan khutbah, tidak berbual kosong di dalam masjid, sembahyang Tahiyyat al-Masjid serta melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti membaca al-Quran. Jika adab-adab masjid ini dapat diikuti oleh seseorang individu, nescaya Allah akan memberkati kehadirannya ke rumah-NYA.
Di samping itu, masjid juga boleh membantu memulihkan akhlak-akhlak remaja yang kian runtuh kini. Perkara ini dapat dilaksanakan jika pihak masjid mengadakan pendekatan program-program yang dapat memberi manfaat kepada mereka. Contohnya bimbingan kaunseling. Jika sebelum ini corak membimbing remaja agak membosankan ataupun stereotaip, tetapi kini, cubalah menggunakan cara yang lebih menarik. Bak kata seorang falsafah islam, seseorang individu itu haruslah dididik mengikut zamannya. Maka itu, pihak masjid perlulah menggunakan teknik-teknik atau bahan-bahan yang boleh menarik minat golongan remaja ini untuk kerap berkunjung ke masjid. Agar remaja kini boleh memimpin negara kita dengan baik di masa hadapan.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama menjadikan masjid sebagai tempat yang selalu dikunjungi oleh kita. Jika kita berbuat demikian, nescaya kita akan terhindar daripada membuang masa ke tempat-tempat yang tidak membawa faedah. Malah, iman yang ada pada setiap individu itu akan bertambah kukuh serta pegangannya terhadap agama islam akan bertambah kuat.




BIBILOGRAFI

·         Laman web:http://www.masjidsiber.net/file.php/1/artikel/RB_Membangun_Institusi_Masjid.pdf      http://abdazizharjin.blogspot.com

·         Imam Masjid Islahatul Islahiah                                                                                                                              
Tuan Hj. Mohd Mulus Bin Hj. Ali

·         Pengurusi Masjid An-Najah:                              
En. Abdullah Hasan bin Hj. Ikhsan 
                                                                                           
·         Bapa Saya :
En. Ramli bin Ismail